Dalam keadaan masyarakat kita masih dibuai kehangatan berpolitik selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), nampaknya Ramadan kali ini tentu sahaja berbeza dalam konteks aktiviti politiknya.

Sempena bulan puasa ini, diharap membuka lorong untuk kita semua bersama pemimpin politik bermuhasabah diri termasuklah parti politik yang kecundang, sementara parti yang menang PRU15 lalu, jangan pula egois!

Mampukah kita melupakan seketika perbezaan ideologi politik demi sebuah penyatuan dalam politik damai sempena Ramadan ini atau akan ada pihak mengambil kesempatan berpolitik secara kotor?

Ikuti perbincangannya dalam Wacana Siri 390 bertajuk 'RAMADAN: GENCATAN POLITIK ATAU AMBIL KESEMPATAN?' bersama panel, Timbalan Ketua Bahagian Bersatu Shah Alam, DR AFIF BAHARDIN; Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, YAHYA SAHRI dan Timbalan Naib Canselor Unisel, PROFESOR MADYA DR HAMDAN MOHD SALLEH yang dihoskan oleh ISMAIL ADNAN.

Facebook: https://www.facebook.com/sinarharian
Youtube: https://www.youtube.com/@shariantv
Twitter: https://twitter.com/SinarOnline
Portal: www.sinarharian.com.my
TikTok: https://vt.tiktok.com/ZSdwcsuCr/

#WacanaSinar
#SinarUntukMalaysia
#SinarHarian